Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.
Para pengunjung yang dikasihi,
Assalamualaikum dan Selamat Datang! ^_^
Insya Allah, dalam entri kali ini kita akan berbincang tentang Kediaman dan Kedamaian. Ya, nikmat tempat tinggal yang selesa dan ketenteraman yang diperoleh daripadanya.
Sesungguhnya Allah SWT telah memberikan begitu banyak kemudahan untuk manusia, sehingga kita mampu hidup di mana sahaja tempat di muka bumi ini dan mendapat kedamaiannya di dalamnya. Subhanallah, Maha Suci Allah!
Baiklah, mari kita masuk ke perbincangan utama!
Kediaman dan Kedamaian.
Firman Allah SWT:
"Dan Allah menjadikan rumah-rumahmu untuk tempat tinggal mu".
(An-Nahl 16: 80)
(An-Nahl 16: 80)
Jom Kita Tadabbur Ayat Ini!
Rumah adalah tempat kita berehat, tempat yang tenang dan tempat tinggal kita. Tempat yang ditujui ketika letih, tempat berlindung dari hujan, panas terik, sejuk, binatang buas, angin kencang dan hujan lebat.
Dengan rahmat Allah dan takdir-Nya, kita dapati rumah adalah tempat tinggal kita dan keluarga, boleh berehat dan berlindung dari segala bahaya.
Jika Allah mahu, Dia boleh jadikan rumah kita tempat yang tidak sesuai didiami, malah Dia mampu memusnahkannya dengan gempa bumi, ribut, petir, banjir besar dan sebagainya.
Allah SWT mudahkan kita untuk membuat kediaman. Dia telah sediakan:
1. Akal untuk fikir, 'plan' dan merekacipta. Mata dan telinga untuk belajar dan mengumpul kepakaran. Tangan dan kaki untuk bekerja.
2. Bahan binaan seperti batu, pasir, pokok, tanah, besi dan lain-lain. Semuanya tunduk dan menyerah kepada manusia untuk dipergunakan, tidak pernah menentang.
3. Bumi yang sentiasa tetap, tidak menelan atau bergoncang tanpa sebab. Dan gravitinya menghalang putaran bumi dari tercampakkan kita ke angkasa.
Firman Allah SWT:
"Allah-lah yang menjadikan bumi bagi kamu tempat menetap..." (Al-Mukmin 40: 64)
Sebuah rumah hanya dikira sempurna setelah dilengkapi peralatan dan perkakas rumah. Maka, dengan itu Allah SWT telah sediakan bahan-bahan mentah untuk kita.
Telah tersedia untuk kegunaan kita bahan-bahan seperti kapas dan bulu-bulu binatang untuk dijadikan pakaian, selimut, sejadah, khemah dan sebagainya.
Kayu kayan juga banyak mudah diperolehi untuk dibuat menjadi kerusi, meja, almari dan sebagainya.
Firman Allah SWT:
"...dan Dia menjadikan bagi kamu rumah-rumah (khemah-khemah) dari kulit binatang ternak yang kamu merasa ringan (membawa)nya di waktu kamu berjalan dan waktu kamu bermukim dan (dijadikan-Nya pula) dari bulu biri-biri, bulu unta dan bulu kambing, alat-alat rumah tangga dan perhiasan (yang kamu pakai) sampai waktu (tertentu)." (An-Nahl 16: 80)
Dengan segala perkakas yang cukup, kediaman yang aman, manusia pun dapat merasa nikmat kurniaan daripada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Hikmah dari Kediaman dan Kedamaian.
Jika dihayati bersama nikmat-nikmat di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa Allah SWT itu:
1. Tuhan Yang Maha Bijaksana dan Yang Maha Mengasihani: Dia menciptakan bumi agar menjadi tempat tinggal yang tenang, aman dan damai buat kita.
2. Tuhan Yang Maha Memberi dan Yang Maha Penyayang: Dia menganugerahkan manusia keupayaan berfikir dan mencipta yang luar biasa sehingga mampu membina bangunan pencakar langit dan 'mega structures'.
3. Tuhan Yang Maha Memerintah dan Yang Maha Berkuasa: Dia telah tundukkan isi bumi untuk patuh kepada manusia yang telah dijadikan Khalifah-Nya.
4. Allah Yang Maha Bijaksana dan Yang Maha Mendalam Pengetahuan-Nya: Dia telah mengurus keseimbangan daya putaran bumi dengan tarikan graviti sehingga menjadikan bumi sesuai sebagai tempat tinggal untuk manusia.
3. Tuhan Yang Maha Memerintah dan Yang Maha Berkuasa: Dia telah tundukkan isi bumi untuk patuh kepada manusia yang telah dijadikan Khalifah-Nya.
4. Allah Yang Maha Bijaksana dan Yang Maha Mendalam Pengetahuan-Nya: Dia telah mengurus keseimbangan daya putaran bumi dengan tarikan graviti sehingga menjadikan bumi sesuai sebagai tempat tinggal untuk manusia.
Wallahu a'lam. Semoga bermanfaat!
http://jomtarbiyah.blogspot.com/
Rujukan:
Kitab Tauhid, Jilid 1, Syeikh Abdul Majid Az-Zindani
No comments:
Post a Comment