Tuesday, 14 February 2012

Salah Faham Terhadap Tarbiyah

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

Para pengunjung yang dikasihi,
Assalamualaikum dan Selamat Datang! ^_^

InsyaAllah, kali ini kita akan membincangkan tentang beberapa salahfaham terhadap Tarbiyah. 

Mungkin ramai daripada kita yang beranggapan bahawa apabila sudah berada di dalam sistem Tarbiyah (punyai Halaqah dan mengikuti program), maka kita sudah terselamat dari segala anasir perosak jiwa. 

Awas, kerana sesungguhnya ramai yang pernah mengikuti Tarbiyah, namun akhirnya kecewa dan tercicir dari Jalan Dakwah yang sukar dan panjang ini. 

Kegagalan boleh terjadi ketika proses Tarbiyah sedang berjalan, ataupun mungkin di awal proses bermula. Antara sebab gagalnya proses Tarbiyah adalah kerana berlaku salahfaham di kalangan Murabbi & Mutarabbi terhadap proses ini. 

Di antaranya adalah 5 salahfaham berikut: 

1. Proses Tarbiyah dianggap sebagai pemindahan (transfer) ilmu semata-mata. 
2. Persepsi bahawa Murabbi adalah segala-galanya bagi Mutarabbi. 
3. Tarbiyah dianggap sebagai proses Indoktrinasi dan Dominasi. 
4. Kaedah Tarbiyah dianggap Tetap (Tidak boleh berubah). 
5. Kecenderungan untuk melakukan “Cloning” Murabbi. 

Baiklah, mari kita lihat satu persatu salahfaham ini:

1. Proses Tarbiyah dianggap sebagai pemindahan (transfer) ilmu semata-mata. 

Ada Murabbi yang merasa tugasnya selesai apabila bahan Tarbiyah (Tajuk atau Buku dalam silibus) sudah disampaikan dan dibincangkan dengan Mutarabbi. 

Mutarabbi pula merasa sudah mendapat Tarbiyah apabila pernah dengar atau sudah membaca bahan Tarbiyah tersebut. Sehingga, jika ada Daurah yang membincangkan tajuk yang sama, mereka rasa tak perlu datang lagi. 

Akibatnya daripada salahfaham ini, tujuan sebenar Tarbiyah iaitu sebagai pengawal dalam pembentukan Iman, Fikrah dan Harakah tidak kesampaian. 

2. Persepsi bahawa Murabbi adalah segala-galanya bagi Mutarabbi. 

Ada Murabbi yang merrasa dia perlu lebih dalam segala hal daripada Mutarabbi, sehingga dirasakan sangat aib jika Mutarabbi melebihinya dalam sesuatu bidang. 

Mutarabbi pula terlalu bergantung kepada Murabbi, hingga tidak berinisiatif sendiri dalam meluaskan tsaqafah dan fikrahnya dengan pembacaan kendiri (Tarbiyah Dzatiyah). 

Akibatnya, kematangan Tarbiyah Mutarabbi menjadi terhad di sekitar ruang lingkup pengaruh Murabbinya sahaja). Mutarabbi berkembang Tarbiyahnya, tapi terbatas ilmu dan kefahamannya, iaitu tidak akan melebihi kemampuan Murabbinya.

Mutarabbi akhirnya akan memberontak dan tidak puas hati, kerana potensi atau kelebihannya dihadkan atau tidak dioptimakan sepenuhnya.

3. Tarbiyah dianggap sebagai proses Indoktrinasi dan Dominasi. 

Ada Murabbi yang menganggap ukuran keberhasilan Tarbiyah hanyalah apabila terbentuknya wala’ (taat setia) Mutarabbi kepadanya dalam segala hal. 

Tarbiyah jenis ini akan berorientasikan pokoknya wala’, yakni jika Mutarabbi meberi pandangan berlainan sedikit daripadanya, dia dianggap tidak thiqah dengan Fikrah dan Tarbiyah yang diikuti, atau dilebel sebagai produk Tarbiyah yang gagal. 

Akibatnya, Mutarabbi menjadi statik (tidak dinamik), ilmunya terbatas dan pasif (tidak pro-aktif). 

4. Kaedah Tarbiyah dianggap Tetap (Tidak boleh berubah). 

Ada pula Murabbi yang cenderung melaksanakan Tarbiyah mengikut nostalgia cara dia dahulu ditarbiyah dahulu. Dia menggunakan cara lama, tak mengikut kehendak perkembangan atau trend terkini, serta tanpa teknologi terbaru dalam Tarbiyah.

Murabbi ini menganggap bahawa kreativiti dalam proses Tarbiyah akan mengurangkan “keaslian”nya. Namun, hakikatnya dia tidak faham yang Tsawabit (Tetap) adalah Manhaj, sementara teknik dan kaedah adalah Mutaghaiyyirat (Boleh berubah dan berkembang). 

Mutarabbi yang ditarbiyah sebegini akan terus mewarisi kaedah tradisional ini dan meneruskannya kepada anak buah mereka. Akibatnya, Tarbiyah menjadi bosan, hambar dan statik. Tarbiyah juga tidak berdasarkan keperluan Mutarabbi. 

5. Kecenderungan untuk melakukan “Cloning” Murabbi. 

Ada juga Murabbi yang menganggap bahawa kejayaan Tarbiyah adalah apabila dia berjaya menghasilkan klonnya di kalangan mutarabbi. Klon ini sama dalam kecenderungan, hobi, perasaan, selera, kegemaran hinggakan kepada hal-hal yang bersifat peribadi. 

Mutarabbi pula mentafsirkan bahawa segala muwasafat (ciri-ciri) Murabbinya itu wajib dituruti olehnya, kerana ia dianggap sebagai syarat keberhasilan Tarbiyah. 

Akibatnya, kecenderungan, kelebihan dan potensi Mutarabbi tidak dapat dioptimakan. Sebagai contoh, jika Murabbinya seorang pengurus Tarbiyah, tetapi Mutarabbinya cenderung berpersatuan dan Dakwah Umum. Kemudian, Murabbinya memasukkan dia dalam Lujnah Tarbiyah... Sudah pasti kebolehan Mutarabbi menjadi terhad!  

Akibat lainnya, Mutarabbi yang tidak mampu capai spesifikasi seperti Murabbinya seperti kaya, rajin belanja orang, aktif berpersatuan, cekap main bola atau pandai pidato akan merrasa inferior dan merasa tidak layak untuk jadi Murabbi. 

Kesannya, Halaqah akan mandul kerana mustahil bagi Mutarabbi untuk “copy paste” segala ciri-ciri Murabbinya. Serta kepelbagaian manusia tidak diraikan, disebabkan proses Tarbiyah dirasakan ‘strict’ dan tidak manusiawi). 

Wallahu a'lam. Moga perkongsian ini memberikan pencerahan kepada kita semua tentang Tarbiyah!

http://jomtarbiyah.blogspot.com/

Rujukan:
Sudahkah Kita Tarbiyah? Refleksi Seorang Mutarabbi, Eko Novianto

1 comment:

- Agunci - said...

Salam ziarah.
1st time lawat belog ni, hasil share seorang ikhwah di mukabuku.

Semoga penulis rajin update sebagai rujukan untuk mereka yang masih bertatih dalam jalan dakwah dan masih bertatih dalam menjadi murabbi.

Saya tak faham sikit mengenai part '' Kecenderungan untuk melakukan “Cloning” Murabbi. ''

Seperti penulis mengatakan, murabbinya adalah pengurus dakwah, tetapi mutarabbinya cenderung kepada dakwah umum dan andai murabbinya memasukkan dia ke Lujnah tarbiyah maka kemampuan mutarabbi tersebut akan menjadi terhad.

Pandangan saya, kalau boleh penulis menambah sedikit lagi penulisan ini, dengan mengatakan, seharusnya setiap mutarabbi mestilah berusaha menjadi murabbi a.k.a pengurus tarbiyah. Atau bahasa mudahnya, keberhasilan usrah tersebut, apabila menghasilkan usrah yg baru.

Tetapi utk meletakkan mutarabbi tersebut di posisi mana, samada Lujnah Tarbiyah atau Lujnah Dakwah Umum, terpulanglah bergantung kpd minat mutarabbi tersebut.

Akan tetapi, mutarabbi tersebut nak tak nak, kena juga membawa usrah bila sampai usia matangnya.

Sekadar perkongsian.

Wallahu'alam.


- Agunci -

_lita rindukan remaja yg akrab dengan al-quran